Saturday, July 23, 2011

Cerpen : Izinkan Abang Nikah Satu Lagi



“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~ Hasil coretan, Nur Fitrah ~

Monday, July 18, 2011

KONSPIRASI DUNIA – TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

transformers KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
Mungkin ada diantara peminat siri filem ini akan menanggap bahawa ianya sesuatu yang ‘gila’. Namun, apa salahnya jika anda membuka minda anda supaya ‘sesuatu‘ yang lebih jauh boleh anda fahami.
TRANSFORMERS DITERBITKAN PRODUKSI YAHUDI
Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures {2} dan DreamWorks Pictures{3}. Paramount Pictures adalah sebuah studio filem gergasi Hollywood yang banyak menghasilkan filem-filem box-office seperti Indiana Jones, Iron Man dan Kung Fu Panda. Syarikat ini dimiliki oleh Viacom Company iaitu sebuah syarikat hiburan terbesar milik seorang Yahudi, Summer Murray Redstone {4}. Manakala, Dreamworks Pictures pula telah diasaskan oleh Steven Spielberg, Jeffrey Katzenberg dan David Geffen ; juga Yahudi.
SHIA LABEOUF SEORANG YAHUDI
Pemilik kepada nama Shia Saide LaBeouf ini dilahirkan di Los Angeles, California pada 11 June 1986. Sebelum namanya melonjak dengan filem Transformers, dia telah muncul dalam siri terbitan Disney Pictures, bertajuk Even Stevens selain pernah tampil dengan filem debut seperti Holes dan Distributia. Dia juga pernah membuat penampilan dalam beberapa buah filem dengan watak kecil seperti filem I Robot.{5}
megan fox shia KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
Shia LaBeouf adalah seorang berketurunan Yahudi.{6} Pandangannya berkaitan agama sedikit mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataannya bahawa religion never made sense to him, dia juga mendakwa bahawa dia mempunyai personal relationship with God that happens to work within the confines of Judaism. Apakah yang dimaksudkan sebagai Tuhan (God) oleh Shia? Adakah dia merujuk kepada Lucifer (Tuhan Cahaya)? Jika ya, ini menguatkan lagi teori kemungkinan Shia LaBeouf adalah pengamal Kabbalah sepertimana selebriti kelas A Hollywood yang lain, Ashton Kusher, Keira Knightley, Madonna dan Gwyneth Paltrow.{7}
bay rosie KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
Selain Shia LaBeaouf, Michael Bay dan Rosie Huntington-Whiteley juga berdarah kacukan Yahudi. Maka tidak hairanlah sebelum ini dilaporkan bahawa Michael Bay pernah mendermakan sejumlah wang pada sebuah pertubuhan Yahudi bernama Bar Mitzvah. {8} Sementara, darah Yahudi dalam keturunan Rosie Huntington-Whiteley pula mengalir melalui moyangnya yang berketurunan Polish Jews. {9}
MESEJ TERSIRAT DALAM MV LINKINPARK IRIDESCENT
Bermula dengan single pertama bertajuk What Ive DoneNew Divide, kini Linkin Park selaku official band untuk filem Transformers tampil dengan lagu berjudul Iridescent. Jika dibandingkan music video (mv) pertama, kedua dan ketiga, kita boleh lihat filem ini seolah-olah semakin ke arah kegelapan. Dalam mv Iridescent, kegelapan ini semakin tertonjol, mungkin juga kerana ini adalah filem terakhir siri Transformers, maka pengakhiran siri filem ini agak termasonic, sesuai dengan penantian ‘mereka’ dengan Perang Armageddon yang dinantikan.{8}
transformer3 1 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Video dimulakan dengan paparan unsur all seeing eyes|
transformer3 2 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|…and another immediately after…|
transformer3 3 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|blinded peoples dan The Hidden Hand ; merujuk kepada majoriti pengduduk bumi
sekarang yang secara tidak sedar dikawal oleh The Hidden Hand dan golongan elit|
transformer3 4 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|salah satu daripada beberapa simbol all seeing eyes dan piramid|
transformer3 5 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|…lagi piramid dan sebelah kiri kelihatan blinded people’s yang merujuk
kepada majoriti populasi penduduk bumi|
transformer3 7 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|seseorang yang sedang menantikan sesuatu - diatas kelihatan
seperti mahkota ; adakah ia merujuk kepada penantian Messiah (Dajjal) mereka yang menanti untuk ditabalkan sebagai Raja setelah Haikal Sulaiman berjaya dibina?|
transformer3 8 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|tiang Masonic (Jachin dan Boaz)?|
transformer3 9 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|The Last Supper – Notice how Mike Shinoda is in the centre, where
Jesus is supposed to be…|
transformer3 91 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Alas, Mike with one eyes meaning he is representing Lucifer instead of Jesus|
transformer3 93 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|The snake which Mike holds throughout the video. We all know what the symbolizes|
transformer3 94 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Winged dics – juga terdapat dalam filem pertama Harry Potter|
transformer3 95 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|…lagi konsep all seeing eyes digunakan oleh pengarah MV|
transformer3 96 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Mike (or Lucifer) on his throne with horns, snake and illuminati pyramid|
transformer3 97 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Di bawah piramid (dibaca ; simbol Illuminati) kelihatan seorang lelaki
(kemungkinan merujuk-Lucifer) mengawal manusia|
transformer3 98 KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|…dan tentunya, lagi simbol all seeing eyes ditampilkan sebagai penutup MV|
Berikut adalah petikan lirik Iridescent :
“And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms”
PROPAGANDA ONE WORLD GOVERNMENTSalah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati. Illuminati jugalah yang memperkenalkan konsep New World Order (NWO). Perbezaannya diantara OWG dan NWO dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.
Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 olehAdam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit. Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States. The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order. Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government. Justeru, tidak hairanlah jika filem Transformers Dark of the Moon ini bercampur baur dengan pelbagai konsep Illuminati.
Dalam filem ini, Amerika Syarikat digambarkan mempunyai kuasa terhadap dunia. Bebas kemana sahaja lokasi di dunia untuk melindungi penduduk bumi. Buktinya, apabila unit khas yang diketuai oleh Lennox (Josh Duhamel) menjalankan misi di loji nuklear Iran serta Ukraine selain China dan Mesir dalam siri kedua sebelum ini. Michael Bay dan penulis skrip, Ehren Kruger juga menggambarkan Amerika Syarikat seolah-olah mempunyai kuasa dalam pembuatan keputusan ketika cuba mengusir Autobot dari planet Bumi. Gambaran kepimpinan Amerika Syarikat terhadap semua negara di dunia amat jelas dipaparkan ketika filem Transformers siri kedua. Dunia umpama dibawah pentadbiran ‘satu entiti‘.
transformers dark moon frances mcdormand josh duhamel KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Amerika Syarikat – pembuat keputusan terhadap soal keselamatan dunia|
transformers KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
|Cubaan mengukuhkan kepercayaan terhadap program Apollo yang
sebelum ini dikatakan satu penipuan terancang oleh Amerika|
MISTERI NAMA ‘PHI BETA KAPPA’
Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1776. Phi Beta Kappa kurang dikenali kerana peranannya lebih kepada mempromosi agenda, mencari ahli dan mencari anugerah kehormat untuk ahli-ahlinya. Kelab yang ditubuhkan atas alasan akademik oleh pelajar-pelajar Kolej William and Mary ini tidak bergerak sebagai kelab konspirasi. Ia bukan suatu kelab yang bermesyuarat untuk merancang konspirasi seperti Bilderberg Group, Trilateral Group atau CFR. Ia lebih kepada tugas menaikkan martabat ahli-ahli Illuminati melalui gelaran-gelaran akademik tertinggi. Benazir Butto adalah salah seorang ahlinya.
john malkovich shia labeouf phixr KONSPIRASI DUNIA   TRANSFORMERS DARK OF THE MOON
Apa yang mencurigakan ialah, satu adegan dalam filem ini yang membabitkan watak Sam Witwicky dan Bruce Brazos. Ketika ditemubual oleh Bruce Brazos, Sam Witwicky mula merasai tekanan. Ketika itulah terlontar satu dialog yang menyebut perkataan “Phi Beta Kappa”. Adakah penulis sengaja memasukan nama pertubuhan ini – tanpa sebab? Besar kemungkinan juga penulis telah memasukan nama pertubuhan ini sebagai penghormatan kepada salah seorang daripada barisan penerbit yang terlibat dalam filem ini. Apa tidaknya, pelabur-pelabur dalam filem ini sememangnya ramai berketurunan Yahudi. 
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, siri filem Transformers ini sememangnya mempunyai banyak mesej separa sedar. Nampaknya seperti, individu belakang tabir filem Transformers kini semakin menampakkan taringnya.

Tuesday, July 5, 2011

Merindukanmu~



masih ada sinar..
getirnya ujian pahitnya pergelutan..
luluh hati saat penerima perkhabaran yang tidak di sangkakan..
kala masih dalam kejutan..
sepertinya tidak mempercayai berita itu..
adakah kuat aku??

teringat semula..

mak : anzar,engakau ajarkan ayah syahadah..
ternyata aku begitu terkejut..
aku sudah bersedia??
dengan terketar - ketar ku bisikkan di telinga ayahku..
aku : ayah,nyebut ya..
tapi ternyata aku dikejutkan lagi renjatan..
ayahku ternyata menggangguk saja..
apa yang kurasakan ialah..ayahku tahu dia semakin hampir dengan penciptanya..
apa yang mengejutkan aku ialah ketengannya..
sejurus itu aku segera bicarakan pada telinganya..
aku : la ilaha illah..
ayah : la ilaha illah
bila dia menjawab..aku titiskan air mata..
air mata kerana belum sedia untuk dia pergi..
ku ulangi kedua kali
maka di jawab juga ayahku..
hingga ke 3 kali aku sebut..
ayahku menjawab " muhammadurrasulullah".
aku ternyata kaku sebentar..
inilah kali pertama aku melakukan perkara ini..
lalu ku ulang lagi..
dia masih menjawab "muhammadurrasulullah"
kala itu aku air mata ku tidak sama sekali dapat ku tahan lagi.
menitis ia dengan laju..
kali ini aku sebut..
"lailaha ilalllah muhammadurrasulullah"
lalu di jawab dengan mudah..
kemudian mak ingatkan aku..
mak:anzar,jangan panjangkan..nanti susahkan ayah pula..
aku : ayah yang hendak panjang mak.anzar ikut saje..
tapi aku patuhi saja suruhan mak aku itu..
aku ulangi kembali lailahaillah 3 kali..
alhamdulillah,sepertinya dia sangat suka dengan kalimah itu..
beberapa tika kemudian aku keluar sebentar..
aku ingin tenangkan diri aku..
aku cemburu..
aku belum bersedia..
aku mengimbau memori yang telah tersemat  bersama ayahku..
tiba-tiba aku dikejutkan oleh panggilan emakku..
emak :anzar,tengok ayah.dia dah lain.
aku segera masuk.lalu ke usapkan dadanya..
sambil ku bisik d telinganya.
allah..allah.allah..allah..
diikuti gerakan bibir ayah ku..tanpa suara..
lalu menyakinkan aku bahawa td ialah suara terakhir..
ku ulangi hingga doktor dipanggil..
selepas diperiksa
doktor telah mengesahkan yang ayahku akan pergi bila-bila masa saja..


*********************
alhamdulillah..segala urusannya allah mudahkan..
tapi aku amat merindukannya..


gambar 1 hari sblm perginya..

tribute to my lovely father..

Sunday, July 3, 2011

awal bicara

bismillahi alhamdulillah..
atas segala nikmat yang kuperolehi dari tuhan yg esa..
dengan limpah kasih sayangnya jua dapat aku bernafas dan
diberi kesempatan untuk mencari redhanya..

aku sebagai anzar..baru menjejakkn kaki di dunia blogger ini
lahir di blogger ini pada 3 julai 2011 bersamaan 6.12ptg waktu mesir..